Jumat, 01 Oktober 2010

GRAFIK KOMPUTER



GRAFIK KOMPUTER










Gambar Grafik Komputer


Apa itu Grafik Komputer?

Grafika komputer dalam bahasa inggris Computer graphics adalah bagian dari ilmu komputer yang berkaitan dengan pembuatan, penyimpanan dan manipulasi gambar (visual) secara digital. Bentuk sederhana dari grafika komputer adalah grafika komputer 2D yang kemudian berkembang menjadi grafika komputer 3D, pemrosesan citra (image processing), dan pengenalan pola (pattern recognition). Grafika komputer sering dikenal juga dengan istilah visualisasi data.

Istilah ”Grafik Komputer” ditemukan pada tahun 1960 oleh William Fetter yaitu pembentkan desain model cockpit (Boing) dengan menggunakan pen plotter dan referensi model tubuh manusia 3D

Bagia pada grafik Komputer:

* Geometri : mempelajari cara menggambarkan permukaan bidang
* Animasi :mempelajari cara menggambarkan dan memanipulasi gerakan
* Rendering : mempelajari algoritma untuk menampilkan efek cahaya
* Citra (Imaging) : mempelajari cara pengambilan dan penyuntingan gambar.

Tipe-Tipe Grafik Komputer

Dalam desain grafis (graphic design) ada dua macam tipe grafik, yaitu grafik vektor dan grafik bitmap. Apa itu grafik vektor dan grafik bitmap? Grafik vektor adalah grafik yang berbasis besaran dan arah. Grafik vektor dapat berupa garis dan kurva. Sedangkan grafik bitmap adalah grafik yang memiliki banyak titik atau pixel dengan warna yang menawan.

Perbandingan grafik vektor dan grafik bitmap

Grafik Vektor Grafik Bitmap

1. Terdiri atas kurva dan garis berdasarkan rumus matematis 1, Terdiri atas kumpulan pixel dengan warna tertentu
2. Resolution independent 2. Resolution dependent
3, Memerlukan ruang penyimpangan yang relatif kecil 3. Memelukan ruang penyimpanan yang relatif lebih besar
4, Cocok untuk gambar dengan warna sederhana 4. Cocok untuk gambar yang detail dengan gradasi warna yang rumit


Grafik Komputer 3D

Grafik komputer 3D ialah salah satu bidang kajian dalam bidang grafik komputer yang memanipulasikan model-model berangka untuk objek tiga dimensi melalui komputer. Grafik sebegini paling biasa digunakan bersama-sama dengan animasi komputer untuk menjanakan imej pandangan bagi penerbitan filem dan televisyen, permainan komputer dan video, ilustrasi komersil, kejuteraan, dan penggambaran saintifik. Istilah "grafik komputer 3D" boleh juga digunakan untuk merujuk kepada imej-imej yang dihasilkan melalui model-model tersebut.

Grafik komputer boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu grafik komputer masa-nyata dan grafik komputer bukan masa-nyata. Grafik komputer masa-nyata membenarkan pengguna berinteraksi dengannya. Contohnya ialah seperti permainan komputer, simulasi penerbangan dan sistem telusur maya. Manakala grafik bukan masa-nyata hanya membenarkan pengguna melihat sahaja. Contoh grafik bukan masa-nyata ialah filem animasi dan persembahan multimedia.

Pengunaan komputer dalam menghasilkan Grafik komputer 3D ini menjadikan grafik 3D janaan komputer ini begitu istimewa sekali kerana imej 3D yang dihasilkan itu dapat dibentuk dengan sangat terperinci menyamai objek sebenar atau hampir menyamai objek sebenar sehingga kita kadang-kadang tidak dapat membezakan antara gambar sebenar atau gambar yang dihasilkan dengan komputer. Selain daripada dapat menghasilkan gambar objek seperti objek sebenar,grafik 3d berkomputer ini juga digunakan untuk meggambarkan sesuatu idea atau objek yang belum dicipta kepada bentuk 3 dimensi. Sebagai contoh dalam industri pembuatan kereta, rekabentuk sesebuah kereta yang hanya direka dalam bentuk paparan di atas kertas boleh dipindahkan ke dalam komputer yang kemudiannya dibentuk secara 3d oleh artis 3d yang mana imej kereta secara 3d itu boleh dipaparkan secara 360 darjah. Keupayaan imej 3 dimensi janaan komputer ini membolehkan pereka melihat dengan lebih sebenar apa yang akan dibina nanti dan bagaimana rupa kereta tersebut apabila siap nanti.

Imej yang dihasilkan dalam bentuk 3 dimensi secara digital ini juga dikenali sebagai model 3 dimensi. Ada juga yang merujuk kepada perkataan objek 3 dimensi.Model 3 dimensi ini pula boleh terdiri daripada model manusia, haiwan, kenderaan, bangunan, perkakas elektrik, gajet, pokok malah bukit-bukau dan lain-lain lagi. Model 3 dimensi ini pula akan dikeluarkan dalam 2 bentuk iaitu secara gambar pegun atau animasi 3d.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar